Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Thursday 18 August 2011

KEBAHAGIAAN SELEPAS PENANTIAN DAN PERPISAHAN


Suasana malam yang tadinya sebuk dengan kegiatan manusia dan deruman enjin kenderaan kini berubah menjadi sunyi sepi apabila bulan yang menerangi alam diwaktu malam telah berada di tengah-tengah timur dan barat. Semua penduduk kampung  sudah berada dia di alam mimpi, namun berbeza dengan Shahrizan yang masih berjaga. Pemuda yang berdada bidang dan mempunyai kumis diwajahnya itu sedang duduk dibawah sebatang pohon rendang halaman rumahnya dengan bertemankan cahaya bulan purnama. Malam yang sunyi sepi itu sangat menenangkan fikiran Shahrizan yang baru sahaja menjejakkan kaki di tempat tumpah darahnya setalah sekian lama merantau dinegeri untuk menimba ilmu. Sedang Shahrizan menikmati udara malam yang segar dan bebas dari gas-gas karbon monoksida dan pecemaran bunyi setiap masa, tiba-tiba , muncul seraut wajah seorang wanita yang bertudung litup dan sedang mengukir satu senyuman yang manis dan menampakan lesung pipitnya disebelah pipi kanan yang jelas kelihatan di kotak fikiran Shahrizan. “Shaliha……” keluh Shahrizan sendirian sebaik sahaja wajah wanita itu muncul di fikirannya sambil mengelengkan kepalanya. Fikiran Shahrizan terus dibuai perkara silamnya bersama Shaliha wanita yang pernah bertahta di hati Shahrizan walaupun sehingga kini Shaliha masih tidak memberi apa-apa jawapan tentang perasaannya terhadap Shahizan  sehingga matanya terlelap dan Shahrizan terus menuju ke alam mimpi bersama-sama bayangan yang indah semasa zaman persekolahan dahulu.

17 JULAI 2009
Jam 10.30 pagi waktu rehat sudah tiba, semua pelajar-pelajar menuju ke medan makan namun berbeza dengan Shahrizan yang kebiasaanya mengamalkan puasa sunat menggatur langkahnya menuju ke perpurtakaan untuk mengulangkaji pelajaran untuk persiapan peperiksaan SPM yang makin hampir. Sedang Sharizan asyik membelek buku rujukan matapelajaran kimia, cuping Shahrizan dapat mengesan tangisan yang teresak-esak dari satu sudut dalam perpustakaan,tangisan yang membelah kesepian menyebabkan segala bulu yang terdapat ditubuh Shahrizan berdiri tegak, Shahrizan yang berseorangan mula mengerakkan anak matanya ke setiap inci perpustakaan, tiba-tiba anak matanya terarah pada salah satu meja yang berada disudut belakang perpustakaan. Shahrizan memberanikan dirinya dengan perlahan melangkah menuju punca datangnya tangisan itu, sebaik sahaja tiba destinasi Shahrizan mendapati seorang pelajar wanita yang berbaju biru sepertinya. “Shaliha…kenapa ni..?” tanya Shahrizan kepada pelajar wanita itu. “erm..tak..takada papa..”wanita itu cuba menyembunyikan tangisannya daripada dengan bekas rakan sejawatanya dalam membantu guru-guru mengatasi masalah displin pelajar-pelajar. “kalau taka da apa kenapa awak menangis..?” Shahrizan mengajukan soalan sambil melabuhkan punggungnya dikerusi bertentangan dengan Shaliha. Shaliha hanya berdiam diri dan mata yang berkaca-kaca mula menerbitkan permata jernih yang membasahi pipinya semula. Shahrizan yang sedar wanita dihadapannya sedang bermandikan air mata segara mengeluarkan sapu tangannya berwana hitam lalu menghulurkan kepada Shaliha bertujuan untuk menghapus air mata yang tidak mahu berhenti membasahi pipi Shaliha. Sharizan hanya mampu berharap Shaliha berjaya menenangkan dirinya, dan mampu memerhatikan wajah wanita  yang sebelum ini selalu mengukir senyuman yang manis dan menyejukkan mata apabila memandangnya yang kini kemerahan dan masih dibasahi titisan air mata.  Penantian Shahrizan akhirnya berakhir apabila Shaliha telah berjaya menghapuskan lenangan air matanya dan mula mengakat wajahnya bertentang mata dengan Shahrizan. Mata Shaliha yang berkaca-kaca menyebabkan Shahrizan turut berasa sebak dihatinya namun Sharizan cuba memperlihatkan wajah yang ceria agar Shaliha tidak kembali berlenangan air mata.
“Shaliha..awk okey..?”ujar Shahrizan
“okey..terima kasih bagi pinjam sapu tangan ni..nanti saya basuh dan pulang okey..”jawab Shaliha sambil tersedu-sedu
“taka apa..gunala dulu..”jawab Shahrizan
“kenapa awak menangis tadi..?ada apa yang saya boleh tolong…? Cerita la kat saya..?”Shahrizan bertanya tanpe berhenti ingin tahu cerita sebenarnya
“ermm..sebenarnya saya ada masalah..lagi tadi saya mencari kotak pensel saya..dalam tu ada kunci mtor dan beg duit saya..”suara Shaliha sayup-sayup kedengaran di cuping telinga  Sharizan.
“dah ambil duit ni..pergi beli makanan..waktu rehat pun masih ada lagi”Shahrizan menghulurkan sejumlah wang dari sakunya.
“tak apa..saya puasa..” Shaliha menolak pemberian Shahrizan
“Owh..puasa juga ke..macam berjanji pula kita..”Shahrizan berkata sambil ketawa kecil.
Kata-kata Shaharizan menyebabkan Shaliha yang tadi muram sudah mula mengukir senyuman. Setelah mengatahui masalah yang dihadapi oleh Shaliha Shahrizan terus meringankan tulangnya mencari kotak pensel milik Shaliha yang pernah dilihatnya, Shaliha yang melihat Shahrizan beriya-riya membantu mencari turut terpanggil untuk mencarinya semula setelah berputus asa. Jam di dinding menunjukkan jam 10.57pagi, ada tiga minit lagi waktu rehat tamat namun fail milik Shaliha masih tidak menunjukkan diri. Anak mata Shaliha sudah mula menunjukkan semula tanda-tanda pipinya akandibasahi sekali lagi, Shahrizan yang berada tidak jauh daripada Shaliha mengatur langkahnya menghampir Shaliha dan terus duduk bertentangan. Lonceng telah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat, Shahrizan dan Shaliha terus mengorak langkah keluar dari perpustakaan dengan perasaan hampa. Setibanya di pintu luar pandangan mata Shahrizan terarah kepada sebuah kotak pensel lut sinar sama seperti milik Shaliha yang berada di rak kasut di luar perpustakaan, Sharizan menghapiri kotak pensel tersebut  dan mendapati didalamnya terdapat beg duit dan kunci motorsikal. “Shaliha…” Shahrizan memanggil Shaliha yang masih berada di hadapan pintu lagi sambil menunjukkan kotak pensel ke arah shaliha. “ha ni la kotak pensel saya yang hilang tu..awak jumpa dekat mana..terima kasih..” Shaliha mengukir senyuman manis sebaik sahaja melihat kotak pensel itu. Shaliha yang tadinya sedih kini kembali ceria setalah kotak penselnya telah dijumpai, senyuman terukir di wajah Shaliha membuat Shahrizan turut mengukir sedikit senyuman. “nah..dah lain kali jangan cuia tau..ha jom kita balik kelas..dah lambat ni..” Shahrizan mengajak Shaliha berjalan bersama-sama kerana kelas mereka bersebelahan. Sejak hari itu mereka berdua menjadi rapat dan sering mengulangkaji perlajaran bersama di perpustakaan, dan serta mereka berkawan rapat hubungan meraka menjadi bualan beberapa orang pelajar-pelajar dan ramai menyangkan Shahrizan dan Shaliha bercinta, namun mereka menafikan pekara itu dan menyatakan hubungan mereka tak lebih daripada seorang kawan. Shahrizan yang awalnya menganggap Shaliha sebagai tidak lebih dari kawan mula tertarik dengan keperibadian Shaliha yang semakin dikenali lebih mendalam sejak mereka mula saling menukar pesanan ringkas pada waktu malam dan pada masa lapang. Hubungan Shahrizan dan Shaliha semakin hari semkin rapat sehingga memibulkan bibit cinta dalam perasaan Shahrizan, namun Shahrizan merahsiakan perasaannya terhadap Shaliha kerana tidak mahu perasaan itu mengganggu fukosnya pada peperiksaan SPM yang semakin tiba. Hari demi hari berlalu dengan pantas, peperiksaan SPM yang dihadapi oleh Shahrizan juga telah selamat ditempuhinya dan Sharizan hanya memendam perasaannya dan menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan perasaannya pada Shaliha, namun hubungan Shahrizan bersama Shaliha masih berkawan baik.

1 JANUARI 2009
Jam didinding menunjukkan jam 8.30 pagi. “Zan…owh Shahrizan…sarapan dah siap ni..cepat turun makan..” ibu Sharizan baru sahaja siap menyediakan juadah makan pagi. Shahrizan yang berada di ruangtamu sambil menonoton television terdengar panggilan ibunya terus mengatur langkah menuju ke ruang makan. “ibu ayah mana..tak makan sekali ke..” tanya Shahrizan setibanya diruang makan. “ayah kau dah pergi kebun tadi..macam kau tak tau ayah kau tu..makan la..nanti mak pergi sana bawakkan la bekalan untuk ayah kau tu…” jawab Puan Hamidah sambil memasukkan bekalan ke dalam beg. Shahrizan yang sudah berada di meja makan terus menjamu makanan kegemarannya iaitu nasi goreng kampung dan semantara itu Puan Hamidah yang telah selesai memasukkan bekalan untuk suaminya terus meninggalkan Shahrizan yang berada di meja makan. Setelah selesai menjamu selera hidangan sarapan pagi yang disedia oleh Puan Hamidah, Shahrizan terus mengatur langkahnya keluar menuju ke kamarnya, setibanya di dalam bilik beradunya Shahrizan terus mencapai telefon bimbit dan gitar miliknya yang terletak diatas katilnya dan terus mninggalkan rumahnya menuju ke anak sungai yang tidak jauh dari rumahnya. Setibanya di destinasi yang ingin dituju, satu persatu langkah di atur untuk menuruni batu-batu untuk memasukkan kaki ke dalam anak sungai mencari batu yang besar di tengah-tengah anak sungai. Setibanya di salah satu batu besar,Shahrizan terus melabuhkan punggungnya sambil membenamkan kakinya kedalam air yang dingin sehingga semua bulu-bulu di tubuh Shahrizan tegak berdiri. Kicau burung-burung yang riang berterbangan dikaki langit serta nyanyian seranggga kecil menemani Shahrizan yang sedang menikmati keindahan alam. Wajah Shaliha mengisi ruang fikiran Sharizan apabila matanya tertutup, senyuman Shaliha yang manis dan wajah yang tenang masih jelas kelihatan membuatkan Shahrizan mungkirkan senyuman. Lamunan Shahrizan terhenti sebaik sahaja jasad Shahrizan digoyangkan oleh satu lembaga putih yang mendayu memanggil nama Shahrizan. Shahrizan yang tersentak terus menggunakan pacaindaranya mencari mana datang suara itu. dan terus
“Shaliha…awak rupanya..mari la sini..” bangkit Shahrizan dari tempat duduk dan mengukir senyuman apabila melihat Shaliha berada di tepi anak sungai.
“hai..okey saya ke sana..tunggu saya ..”Shaliha melambai-lambai kepada Shahrizan sambil menuruni batu-batu kecil yang licin
“baik-baik..licin tu..”nasihat Shahrizan kepada Shaliha menghampirinya
“seorang ke.?buat apa datang sini..” sambung Shahrizan lagi
“tak boleh ke datang sini..tempat untuk Shahrizan seorang ke..”kata-kata shaliha hanya membuat Shahrizan hilang punca untuk bersuara dan hanya tersenyum
“saya tadi lalu depan tu..nampak awak..yang saya singgah ni..jauh awak termenung ingatkan siapa? Teman wanita ke..”ujar Shaliha dengan panjang lebar
“mana ada..saya ingat awak la..”usikkan Shahrizan menyebabkan wajah Shalihamenjadi merah padam kerana malu
“eh bawak gitar ni pandi ke main…” Shaliha cuba menukar topik
“pandailah..kalau tak percaya dengar ni..” Shahrizan memetik gitarnya dan memainkan lagu HELLO
hello
ingin ku mengenalmu
hello
ingin ku tahu namamu
hello
haruskah ku tahu
siapa sebenarmu

kini ingin ku nyatakan
hatiku telah terbuka untuk mu
oleh renungan manjemu
hingga aku ingin mendampingimu

sekian lama purnama membisu
walaupun hiba unggas pungguk merayu
katakan saja aku dihatimu
biarkan la untuk selamanya

Shaliha yang berada bersebelahan Shahrizan mendengaran nyanyian sahabatnya itu sambil tersenyum keriangan. “wah..pandai awk menyanyi..”sapa Shaliha sebaik sahaja Shahrizan mematikan petikannya.  “eh tak ada la..biasa-biasa je..”jawab Shahrizan. “awak…kita terus berkawan walaupun nanti kita berpisah..yelah saya kan dah abis sekolah..lepas ni tak tahu ke mana..lepas tu awak pula abis sekolah..dah tentu awak akan sambung belajar lagi..”kata-kata yang keluar Shahrizan menyebabkan suasa yang ceria tadi mula berubah menjadi sebaliknya. “eh kenap cakap macam tu..mestilah kita kawan sampai bila-bila..dah jangan sedih-sedih..jom kita nyanyi lagi..” Shaliha cuba menggembalikan kecerian pada mereka. Suasana sekitar anak sungai itu yang sepi dan hanya kedengaran kicauan burung serta serangga sahaja, kini disulam dengan nyanyian meraka berdua serta bunyi gitar yang dipetik oleh Shahrizan. Ikan-ikan kecil yang berenang-renang seakan menari-nari di permukaan air mendengar nyanyian dua sahabat yang itu dan tiupan angina yang sepoi-sepoi bahasa mereka tidak terasa masa berlalu. Masa berdetik dengan pantas, tahun 2010 telah mencapai bulan ketiga dan keputusan peperiksaan SPM Shahrizan telah diketahui. Selepas mengambil keputusan peperiksaan dan berjumpa guru-guruyang mangajarnya, Shahrizan berhasrat berjumpa Shaliha,namun kelibat Shaliha tidak juga kelihatan. Shahrizan pulang dengan keadaaan redha kerana hajatnya ingin berhumpa sahabatnya dan juga merupakan wanita yang menawan hatinya tidak kesampaian.  Setibanya di rumah Shahrizan terus menujuke kamarnya,dalam keadaan yang terkilan dengan keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang ditambahkaan lagi tidak dapat melihat wajah Shaliha menybab pelbagai pekara bermain di kotak fikiran Shahrizan. Shahrizan teringat pada peristiwa pada 27 januari yang iaitu hari lahir Shaliha semasa sedang bertukar pesan ringkas tiba-tiba Shahrizan mendapat peasan ringkas dari  Puan Naimah ibu kepada Shaliha kerana tidak mahu fokus Shaliha terganggu, Shahrizan yang memahami  permintaan itu bukan untuk memisahkan Shaliha darinya tapi untuk kebaikkan Shaliha menerima dan bersetuju dengan permintaan itu. Sejak hari itu hampir 3 bulan tidak bertemu Shaliha mahupun  bertukar pesan ringkas, dan Shahrizan perlu menunggu beberapa bulan lagi untuk menghubungi semula Shaliha. Hari demi hari yang berlalu terasa sangat lambat bagi Shahrizan yang menanti saat-saat yang membolehkan diri kembali bersama Shaliha, satu saat bagai satu minit, satu minit bagai satu jam,satu jam bagai satu hari. Begitulah yang telah ditempuh oleh Sharizan selama tiga bulan dan perlu dilalui selama lebih kurang sembilan lagi, namun Shahrizan melalui dengan tabah dan redha keran ada hikmah disebalik pernantiannya. Kini Shahrizan  telah merantau di negeri orang untuk melanjutkan pelajaran di sebuah intitusi pengajian awam, walaupun Shahrizan mendapat tawaran memasuki tingkatan enam di sekolah lamanya,namun Shahrizan menolak tawaran itu agar tidak mahu kehadirannya semula di sekolah mengganggu fokus Shaliha. Sebaik sahaja Shahrizan menjejakkan kakinya di salah sebuah pusat pangajian tinggi pada 23 jun 2010 Shahrizan telah memahat didalam hatinya kehadiranya di situ untuk menimba ilmu dan tidak mencari ganti Shaliha di dalam hatinya. Shahrizan bercadang apabila sudah kembali dapat bertemu dan berhubung dengan Shaliha, Shahrizan ingin meluahkan apa yang dipendamnya.

26 JANUARI 2011
Jam menunjukkan jam 11.59 tengah malam, kurang satu minit lagi memasuki hari baru serta merta telefon bimbit Shahrizan mula memaainkan satu deringan yang jarang di dengar oleh Shahrizan yang menandakan satu peringatan telah disimpan oleh Shahrizan yang perlu dilakukan pada 27 januari. Shahrizan yang masih belum ke alam mimpi kerana sedang melakukan ulangkaji pelajaran, terus mencapai telefon bimbit dan terus melihat paparan skrin black berry miliknya. “hari lahir Shaliha..” Shahrizam berkata sendirian. Tidak semena-mena kotak fikiran Shahrizan mula melayang-layang dan teringat peristiwa setahun yang lepas iaitu kali terakhir Shahrizan melihat Shaliha semasa meraikan majlis hari lahir bersama-sama kerana hari lahir Sharizan juga jatuh pada bulan januari, dan mereka bertukar-tukar hadiah. Masih segar dalam ingatan  Sahrizan juga pesan ringkas yang diberi oleh ibu Shaliha dan itu merupakan pesan ringkas yang terakhir dari numbor telefon Shaliha kepada Shahrizan. Telefon bimbit Shahrizan yang masih di tangannya terus menekan number Shaliha untuk mengucapkan “selamat hari lahir” kepada Shaliha, namun usaha Shahrizan untuk menghubungi Shaliha menemui jalan buntu kerana panggilan Shahrizan terus menuju ke mesin pesanan suara. Kegagalan menghubungi Shaliha tidak melemahkan semangat Shahrizan, walaupun  pada hakikatnya Shahrizan terasa terkilan namun Shahrizan tetap menghantar pesan ringkas kepada Shahliha dan ucapan hari lahir di ruang social yang popular di kalangan remaja. Setelah selesai menghatar ucapan hari lahir kepada Shaliha, Shahrizan kembali semula ke alam fantasi semula dan mengimbau semula detik-detik manis bersama Shaliha. Perlahan-lahan roh Shahrizan  meningalkan jasadnya menuju ke alam mimpi  bersama igauwan yang indah masa silam. Saat roh Shahrizan meningggalkan jasadnya untuk ke alam fantasi, tiba-tiba jasad Shahrizan digoyangkan oleh satu lembaga putih yang mendayu memanggil nama Shahrizan. Roh Shahrizan yang tadi sedang berada dialam mimpi segara pulang ke jasad yang di tinggalkan tadi setelah tubuhnya cuba digerakkan oleh lembaga putih itu. “bang….owhh..abang…bangun bang..kenapa tidur dekat sini..” Suara yang mendayu-dayu kedengaran di cuping telinga Shahrizan sebaik roh dan jasadnya bersatu kembali. Shahrizan dalam keadaan yang mamai terus membuka matanya yang masih berat dan sukar untuk membulatkan matanya, namun berubah apabila wajah Shaliha yang dicintai didepan matanya. Shahrizan bagai di awang-awangan apabila wanita yang selama ini menghilangkan diri daripada dirinya  muncul didepan matanya dan menampak rambutnya yang tidak pernah dilihat oleh Shahrizan. Pelbagai persoalan bermain dalam kotak fikiran Shahrizan yang menyebabkan Shahrizan masih tidak memberi sebarang tindak balas keatas Shaliha yang bersebelahanya dan membuatkan Shaliha hilang punca melihat tingkahlaku Shahrizan. “ermm..abang kenapa ni..saya Shaliha  isteri abang..”sapa Shaliha denag agak cemas . “sa..sa..sayang…abang okey..mamai tadi..” Shahrizan menyambut sapa Shalih sebaik mamai Shahrizan berkurangan sambil mengukir senyuman. Senyuman Shahrizan melegakan hati Shaliha yang kini sudah menjadi isterinya ,dan membuatkan Shahliha juga mengukir senyuman.
 “sayang nak tahu tak apa abang mimpi tadi…abang  mimpikan kita dulu..masa kita mula-mula rapat dan saying menghilangkan diri dan elakkan diri dari abang..” cerita Shahrizan panjang lebar pada isterinya.
“ha tu la..saya tunggu abang dekat bilik abang nak tidur kat luar ni..kan dah mimpi bukan-bukan..”usik Shaliha sambil ketawa kecil.
“abang tertidur la…tadi tiba-tiba je teringat kisah dulu..tu yang tertidur…lagi pun mimpi abang memang betul tentang kita..”sambung Shahrizan
“dah la tu..kan hakikatnya kita dah nikah..saya dah jadi milik abang sepenuhnya dah..”celah Shaliha
“erm..betul tu…sayang…jom..kata sayang dah jadi milik abang…”sakat Shahrizan
“jom pe??” pantas Shaliha memotong kata-kata Shahrizan ,dan muka Shaliha mula kemerahan..
“jom la…jom kita masuk tidur..dah pukul dua pagi dah ni..tak baik untuk orang erbadan dua berembun..”terang Shahrizan sambil mengusap-usap perut Shaliha yang sedang mengandungkan anak sulung meraka. Shaliha turut  meletakkan tangan diatas perutnya, dan bangkit dari tempat duduknya bersebelahan Shahrizan dengan bantuan suaminya. Shahrizan dan Shaliha terus mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke kamar pengantin mereka. Pasangan suami isteri itu hidup bahagia menanti cahaya mata sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi dan siap sedia dengan dugaan yang aqkan dating yang bakal mereka tempuhi sebagai suami isteri serta ibu dan bapa kepada anak-anak yang akan menjadi tanda cinta meraka yang tidak akan pupus.

No comments:

Post a Comment